Dasar Penggunaan Saksama Ivory Research

Cara untuk menggunakan perkhidmatan kami dengan cara yang betul

Sama seperti semua perkhidmatan penulisan akademik, penulisan tersuai kertas, disertasi dan produk lain Ivory Research direka bentuk untuk digunakan untuk tujuan penyelidikan dan rujukan sahaja.

Perkhidmatan kami yang pelbagai boleh memainkan peranan penting dalam mengembangkan pengetahuan anda dan membolehkan anda mengendalikan analisa yang lebih mendalam. Jika, sebagai contoh, anda perlu melakukan analisa SWOT tentang Tesco, melihat contoh unggul SWOT, PESTEL, Porter’s Five Forces dan Analisa Rantaian Nilai Tesco boleh menjadi satu alat pembelajaran yang sangat berguna untuk membantu anda membuat penyelidikan dan menulis analisa anda sendiri.

Diguna seperti yang disyorkan, produk Ivory Research akan menjimatkan banyak masa yang anda habiskan dalam melakukan penyelidikan dan membantu anda mendapatkan gred yang anda perlukan. Akhir sekali, ia boleh meletakkan anda dalam laluan ke arah karier akademik yang menguntungkan.

Anda juga mempunyai jaminan bahawa perkhidmatan penulisan akademik kami adalah 100% sulit, yang mematuhi Akta Perlindungan Data 1998. Tiada pihak ketiga akan dimaklumkan tentang pesanan anda, dan privasi anda adalah terjamin. Jika anda lebih suka untuk tidak mendedahkan identiti anda semasa membuat pesanan, anda boleh menggunakan nama samaran. Sangat mudah untuk kekal dirahsiakan: hanya sediakan alamat e-mel percuma dengan nama berlainan untuk berkomunikasi dengan kami, dan buat bayaran anda secara tunai terus ke akaun bank kami.

Apabila Anda Menerima Esei atau Kertas Akademik Anda – Beberapa Tip Berguna

  • Lebih baik, gunakan salinan cetakan kertas anda berbanding membacanya daripada skrin.
  • Baca kertas dengan teliti, serlahkan isi utama dan buat nota sambil membaca. Kemudian baca semula, untuk memastikan anda tidak terlepas apa-apa.
  • Sila ingat bahawa pembacaan teliti esei atau disertasi membolehkan anda memahami bagaimana kertas akademik sepatutnya ditulis dan akan membantu anda membina gaya penulisan anda sendiri.
  • Pertimbang dengan teliti rupa dan struktur kertas.
  • Perhatikan tajuk kecil yang muncul di dalam kertas dengan teliti, kerana ini mempertengahkan topik yang perlu disertakan.
  • Apabila anda selesai membaca, teliti rujukan dan bibliografi untuk benar-benar membiasakan diri anda dengan semua sumber. Kebanyakan rujukan boleh ditemui dengan mudah menggunakan akaun Athens biasa.
  • Akhir sekali, baca pelbagai artikel lain, abstrak dan kertas yang berkenaan dengan subjek. Kami syorkan supaya anda membaca sekurang-kurangnya satu buku teori dan melihat beberapa pengkalan data artikel. Anda boleh menggunakan pengkalan data artikel seperti Infotrac, ScienceDirect, Emerald, Medline, Ingenta dan sumber lain yang berkaitan dengan subjek anda. Perpustakaan universiti anda akan memberikan anda akses percuma kepada sumber yang anda perlukan yang tidak boleh didapati dari perpustakaan yang lain.

Untuk Disertasi

  • Seperti di atas, tetapi sebelum anda membaca keseluruhan disertasi anda, jimatkan masa anda dengan menyemak semua kandungan di dalam sorotan kajian yang disertakan. Ini akan sangat membantu dalam memberikan anda pemahaman yang lebih baik mengenai subjek dan arah tuju disertasi anda.

Apabila menggunakan disertasi penulisan tersuai anda sebagai panduan untuk menulis kertas atau disertasi anda sendiri

  • Gunakan metodologi kami untuk membina kandungan dan struktur anda sendiri. Ini boleh disertakan dengan perwajaran topik anda, falsafah penyelidikan, strategi penyelidikan, pendekatan penyelidikan, dan pengumpulan data.
  • Bandingkan hasil pengumpulan data utama kami dengan hasil anda sendiri.
  • Lihat batasan dalam disertasi kami untuk memberikan anda unjuran tentang sebarang masalah yang mungkin akan anda hadapi. Ini akan membantu anda mengelakkannya di masa hadapan.
  • ‘Cadangan untuk penyelidikan akan datang’ akan memberikan anda idea dan sumber untuk diambil perhatian.

Laporan Berdasarkan Syarikat

Untuk laporan berdasarkan syarikat gunakan:

  • Analisa syarikat
  • Penggunaan teknik dan model yang relevan
  • Sebarang cadangan yang diberikan oleh penulis
  • Artikel semasa
  • Berita semasa mengenai syarikat
  • Maklumat syarikat yang terkini

Keadaan Kerja Anda

Kita semua belajar dengan cara yang berbeza, tetapi berikut ada beberapa tip yang telah dicuba untuk memanfaatkan sepenuhnya masa belajar anda:

  • Adakah anda belajar dengan lebih baik secara berseorangan atau dalam kumpulan? Jika belajar dalam kumpulan adalah yang paling sesuai untuk anda, anda boleh mencipta kumpulan belajar dengan rakan-rakan. Ia cara yang bagus untuk berkongsi idea.
  • Adakah bunyi bising di latar belakang mengganggu anda? Jika demikian, perpustakaan adalah tempat terbaik untuk belajar. Adalah sangat penting untuk anda mencari tempat belajar yang anda rasakan selesa dan dapat memberi tumpuan.
  • Adakah anda lebih mudah memahami perkataan atau diagram? Sesetengah orang berasa bahawa menggunakan diagram dan peta minda untuk menyumbang saran idea adalah satu alternatif berguna atau tambahan kepada catatan nota biasa.
  • Jangan belajar terlalu lama tanpa henti. Lebih seimbang adalah dengan belajar selama 20 minit kemudian rehat selama 5 minit untuk menyegarkan semula tumpuan anda.

Akhir sekali, kami ingin tegaskan sekali lagi bahawa dengan menggunakan perkhidmatan penulisan Ivory Research seperti yang dicadangkan, anda mampu mempertingkatkan pengetahuan anda, mendapat gred yang lebih baik, dan menjimatkan banyak masa yang anda habiskan untuk penyelidikan. Walau bagaimanapun, sila ingat bahawa, penyalahgunaan perkhidmatan kami boleh memberi risiko kepada karier akademik anda. Sila gunakan produk kami secara bertanggungjawab.

 

Chat Dalam Talian WhatsApp Messenger E-mel
+44 800 520 0055